Mesyuarat AGM PVTLDM Cawangan Putrajaya Kali ke-3 Tahun 2024 telah selesai dilaksanakan. Tahniah kepada semua AJK baru sesi 2024-2027 yang telah dilantik. Diharapkan dengan tanggungjawab yang diberikan, ianya mampu untuk memacu PVTLDM Cawangan Putrajaya untuk lebih maju dan dapat membantu ahli-ahlinya.
Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Haji Awai bin Mohamad, selaku Timbalan Presiden PVTLDM bersama delegasi dari Pahang yang sudi merasmikan AGM PVTLDM Cawangan Putrajaya Kali Ke-3 Tahun 2024. Tunjuk ajar dari mereka sangat bernilai terutama sekali untuk perancangan masa hadapan serta tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa dalam memacu PVTLDM Cawangan Putrajaya.
Tidak lupa juga kepada Presiden PVTLDM, Komander Khairil Hariss bin Khairuddin TLDM (Bersara), Setiausaha Agung PVTLDM, Tuan Mohd Kassim bin Packiry serta Setiausaha Kerja PVTLDM, Leftenan Komander Muhamad Fahmi bin Hassan TLDM (Bersara) kerana sudi singgah untuk menyantuni ahli-ahli PVTLDM Cawangan Putrajaya. Diharapkankan dengan misi dan visi yang jelas dari Timbalan Presiden PVTLDM dapat membantu untuk Cawangan Putrajaya merangka serta menggerakkan aktiviti PVTLDM Cawangan Putrajaya.