Keahlian
Terdapat 3 jenis keahlian di dalam PVTLDM. Keahlian tersebut ialah Ahli Seumur Hidup, Ahli Bersekutu & Ahli Kehormat
Ahli Seumur Hidup
Tiap-tiap Veteran TLDM samada yang bersara atau yang menamatkan perkhidmatan sahaja yang diterima menjadi ahli.
- Dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut DiRaja Malaysia di dalam negeri-negeri di dalam Malaysia.
- Veteran ATM yang pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia selama 12 bulan berterusan.
- Veteran TLDM yang diberhentikan secara “Perkhidmatan Tidak Dikehendaki” (SNLR) selepas 12 bulan dari tarikh diberhentikan.
Ahli Bersekutu
Mereka tersebut di bawah ini adalah layak menjadi Ahli Bersekutu dengan syarat mereka membuktikan kesahihan butir-butir perkhidmatan, perkhidmatan suami/isteri ataupun bapa/ibu mereka (dimana berkenaan) dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia atau Pasukan Simpanan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang diiktiraf oleh PErsatuan dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Suami, isteri, duda atau balu.
- Anak ahli Persatuan yang berumur 18 tahun ke atas.
Ahli Kehormat
JKKT boleh mempelawa sesiapa sahaja yang difikirkan telah banyak berjasa atau yang dapat memberi kebaikan kepada Persatuan dan dipilih oleh Perwakilan.
Yuran
- Pendaftaran menjadi ahli RM2.00.
- Ahli Seumur Hidup RM50.00.
- Ahli Bersekutu RM25.00.
- Tidak ada yuran tahunan.
Permohonan Keahlian
PVTLDM mempunyai 16 buah Cawangan. Sila klik icon di bawah untuk memilih Cawangan yang anda ingin mendaftar.
