Alhamdulillah PVTLDM dijemput oleh saudara Aiman Hakim, tuan punya program CONNECTD yang membuka jalan bagi penglibatan PVTLDM di dalam CONNECTD 6.0 kali ini.
Sesungguhnya program ini adalah selaras dgn inisiatif K-3 Usahawan VETERAN TENTERA LAUT terutama di dlm memperkasakan rangkaian perniagaan melalui saluran yg betul.
Program CONNECTD 6.0 ini telah membawakan pelbagai perkongsian pemilik syarikat yang berkongsi ruang networking selain kehadiran Boss Susu yang turut berkongsi resepi kejayaan di dalam perniagaan.
Program ini juga turut disertai oleh 5 usahawan VTL sebagai langkah pertama sebelum langkah susulan untuk memastikan lebih ramai Usahawan VTL yang sesuai dapat diketengahkan kelak.
Apapun, setinggi tahniah kpd penganjur & inshaAllah kita akan laksanakan kolaborasi bersama PVTLDM di dalam mengaplikasikan strategi perniagaan yg lebih berdaya saing.
Terus Berjuang!
d/a Pusat Strategi Maritim dan Sejarah TLDM (RMN Seapower Centre),
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur