Lawatan Kerja dan Kunjungan Hormat Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia

Kuala Lumpur, 3 Dec 24 – Kunjungan Hormat serta Lawatan Kerja Delegasi Majlis Tertinggi PVTLDM ke Ibu Pejabat PVATM di Wisma Pahlawan telah berjaya direalisasikan pagi ini.

Kehadiran delegasi PVTLDM telah disambut oleh Presiden PVATM, Kapt Datuk Sharuddin bin Hj Omar (B) bersama dengan Timbalan Presiden PVATM & Setiausaha Agung PVATM. Tahniah kepada Kapt Datuk Sharuddin bin Hj Omar kerana telah mengekalkan jawatan Presiden PVATM serta tidak dilupakan juga kepada Timbalan Presiden PVATM yang baru.

Perbincangan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Presiden PVATM mengenai sejarah, organisasi, halatuju serta cabaran-cabaran yg dihadapi oleh PVATM.

Pertemuan ini telah dapat memberi peluang kepada kedua pihak bertukar pandangan di dlm memastikan Veteran mendapat manfaat utama yg turut selaras dengan Inisiatif 3K PVTLDM; kebajikan ahli, peluang kerjaya kedua dan keusahawan.

Sesungguhnya banyak ruang & peluang kolaborasi akan dapat diwujudkan kelak dgn pelbagai manfaat & nilai tambah yg akan menguntungkan ahli kedua-dua persatuan veteran ini kelak.