Kuala Lumpur, 21 Disember – Pada 21 Disember 2024, Persatuan Veteran Tentera Laut DiRaja Malaysia (PVTLDM) Selangor telah menganjurkan acara Hi-Tea yang bertempat di Menara Arina Skyview, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memperkukuh jaringan dan hubungan antara ahli persatuan serta memberi inspirasi kepada Nita ex-TLDM dan PSSTLDM yang hadir.
Acara ini dimulakan dengan sesi perjumpaan yang mesra, melibatkan Ex-Nita dari sekitar Lembah Klang serta negeri-negeri lain. Pertemuan ini memberi peluang kepada para hadirin untuk saling mengenali dan merapatkan ukhuwah dalam suasana yang santai dan harmoni.
Ceramah motivasi yang disampaikan oleh En. Syed, pemilik Menara Arina Skyview Uniti, menjadi salah satu acara utama. Beliau berkongsi pengalaman dan strategi dalam perniagaan, memberikan dorongan kepada para hadirin untuk menceburi dunia perniagaan dengan lebih yakin dan bersemangat. Perkongsian beliau mendapat sambutan hangat, terutama dalam kalangan Nita yang berhasrat memajukan diri dalam bidang keusahawanan.
Di samping itu, sesi bertukar idea dan kerjasama telah berlangsung dengan meriah. Ahli persatuan berbincang mengenai pelbagai peluang dan inisiatif untuk memantapkan peranan PVTLDM dalam menyumbang kepada masyarakat.
Acara ini telah mencapai objektifnya sebagai platform memperkukuh persahabatan, meningkatkan motivasi, dan menjana sinergi untuk masa depan persatuan yang lebih cemerlang. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.