KANGAR, 22 Mei 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa (AJK) Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Cawangan Perlis telah diadakan pada malam Khamis bertempat di Pejabat Kilang Kopi KH, Kangar. Mesyuarat bermula jam 9.15 malam dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PVTLDM Perlis, Tuan Haji Annuar bin Daud.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persiapan awal ke arah pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PVTLDM Cawangan Perlis untuk tahun 2025. Empat perkara utama telah diketengahkan dalam mesyuarat, meliputi:
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan PVTLDM Perlis dalam memperkukuhkan pengurusan organisasi dan memperkasakan peranan setiap ahli jawatankuasa. Ia juga merupakan langkah awal dalam memastikan AGM tahun ini dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Pihak sekretariat akan mengeluarkan makluman lanjut berkenaan tarikh rasmi dan lokasi AGM dalam masa terdekat. Semua ahli PVTLDM Cawangan Perlis diseru agar bersedia memberikan sokongan penuh kepada perjalanan mesyuarat tersebut.