Perbincangan Bersama NIOSH

Bangi, 3 Dis 24 – Perbincangan di antara PVTLDM & pihak NIOSH yg diketuai oleh Pengurus Education & Regulatory Competency Division (ERCD), NIOSH telah dilaksanakan di sebelah petang di Menara NIOSH di Bangi.

Perbincangan berkisar ‘Inisiatif K2-Kerjaya PVTLDM’ ini bukan sahaja untuk memahami peranan NIOSH tetapi juga bagaimana ia dapat memberi nilai tambah & kebolehpasaran VETERAN TENTERA LAUT melalui tawaran pengiktirafan tertentu.

Perancangan strategik jangkamasa panjang yg cuba digarapkan adalah bagaimana pihak NIOSH dapat membantu kebolehpasaran VTL ke arah Blue Economy. Apapun, langkah pertama perlu dimulakan dgn kursus/pengiktirafan jangka pendek boleh dilaksanakan lebih awal.

Pihak NIOSH sangat terbuka & sedia berunding untuk kaedah pelaksanaan yg paling sesuai di dlm memberi pengiktirafan tanpa menafikan kemahiran & pengalaman VTL. Tawaran turut diberikan untuk menggunakan sebarang kemudahan infrastruktur NIOSH dgn kadar yg amat menarik.