Program Entreprenuer Ecosystem – Infinity Toolbox

Klang, 18 Dis 2024 – Hari ini merupakan satu lagi usaha memperkasakan Inisiatif K-3 Keusahawanan PVTLDM melalui teaser Program Entreprenuer Ecosystem – Infinity Toolbox (EE-IT)

Program EE-IT yg kelak akan digerakkan kpd usahawan VETERAN TENTERA LAUT (VTL) ini adalah program untuk melatih bakal usahawan dengan kemahiran & peluang yang penting seperti peluang geran kerajaan, pembiayaan dan bimbingan strategik.

Program ini juga kelak akan dapat membantu Usahawan VTL yang terlibat untuk mengembangkan perniagaan dgn memanfaatkan sokongan kewangan, networking & kepakaran untuk pertumbuhan perniagaan yg mampan.

Program ini dirancang untuk dilaksanakan di semua zon/negeri dengan fokus suku tahun pertama 2025 adalah untuk Usahawan VTL di Lembah Kelang.

Program teaser pada hari ini turut melibatkan pelbagai agensi seperti Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) yg rupanya turut menawarkan Pendidikan kewangan kpd Usahawan/syarikat & membantu restructure semula hutang syarikat.

Pihak Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), satu entiti dibawah SME Bank pula berkongsi pelbagai inisiatif pembangunan kebolehan usahawan Malaysia termasuk inisiatif terkini iaitu Program Maju Usahawan MADANI (MUM 2025) yg khusus untuk 3,000 org shj dgn keutamaan kpd ahli PVTLDM; segera isikan google form berikut segera agar tidak terlepas peluang ini https://forms.office.com/r/rxXC3afxk5

Taklimat turut diberikan oleh PitchIN, satu entiti dibawah selian Security Commission & melaksanakan equity crowd funding sehingga maksimum RM20 juta. Sehingga kini, PitchIN telah berjaya membantu 183 syarikat dgn dana keseluruhan sehingga RM330 juta yg pasti turut bermanfaat kpd Usahawan VTL yg memerlukan dana bermula serendah RM50 ribu sehingga RM20 juta.

Secara keseluruhannya, ini adalah inisiatif untuk mengangkat usahawan VTL menjadi satu komuniti yg berupaya untuk melaksanakan perniagaan secara bersama untuk bergerak lebih jauh.

Yang pasti, usaha ini akan dapat memastikan Usahawan VTL mempunyai Mindset yg lebih tepat dgn memfokuskan keuntungan perniagaan bersama agar menjadi lebih kompetitif untuk bersaing di pasaran yg lebih besar.