Program Santai Mesra Veteran TLDM Sepang & Kuala Langat

Banting, 25 Januari 2025 – Satu Program Santai Mesra telah diadakan untuk ahli Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepang dan Kuala Langat di Saha Coffee & Fruits Bar, Banting. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli veteran, selain memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dan menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul dalam kalangan mereka.

Program ini berjaya menarik seramai 20 peserta yang hadir untuk menikmati perbincangan santai mengenai hal-hal yang berkaitan dengan persatuan veteran TLDM, serta untuk bertukar idea demi kebaikan bersama. Selain itu, maklumat terkini mengenai hal persatuan juga telah dikongsi, memberi ruang kepada para veteran untuk lebih memahami perkembangan terbaru dalam kalangan mereka.

Pentingnya aktiviti seperti ini adalah untuk memastikan semua ahli tetap berhubung dan bersatu dalam mencapai matlamat bersama. Melalui program ini, para veteran dapat merasai suasana mesra dan kekeluargaan, yang sekaligus dapat mengurangkan jurang antara mereka. Penyertaan aktif dalam program ini turut memberikan peluang kepada ahli untuk mengemukakan sebarang cadangan atau isu yang memerlukan perhatian.

Setiausaha PVTLDM Cawangan Selangor, Hj Hassan bin Masot selaku wakil Yang Dipertua telah mengetuai progam ini. Program ini merupakan inisiatif dari Yang Dipertua PVTLDM Cawangan Selangor yang berharap agar lebih banyak aktiviti seumpama ini dapat dijalankan di masa hadapan.