Cogan Kata

Cogan kata persatuan ialah TERUS BERJUANG

Lambang & Lencana

Bentuk Bujur Lilitan Tali

Tempat Perlindungan kepada Veteran Tentera umpama kulit sebiji telur yang melindungi telur sehingga menetas dan menggambarkan silaturahim tiada putusnya.

Wheel

Persatuan sebagai pemandu kepada hala tuju bagi menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Sauh

Berlabuh setelah selesai menamatkan Perkhidmatan daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Kapal Layar

Menggambarkan pelaut yang melayari samudera.

Alunan Ombak

Melambangkan ketahanan mental dan fizikal ahli-ahli dibawah naungan persatuan.

Warna Biru Laut

Warna perpaduan.

Putih

Ikhlas dan suci.

Keemasan

Lambang nilai dan budi pekerti keahlian.

Bendera

Jalur melintang di tengah-tengah bendera berwarna Biru Tua adalah warna rasmi TLDM, manakala Lambang Persatuan terletak di tengah-tengah jalur biru.