KEPALA BATAS, 20 Julai 2025 – Mesyuarat Agung Negeri (MAN) Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Cawangan Pulau Pinang kali ke-18 telah berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kekitaan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Purushothaman a/l Nadarajah, Pengerusi Pembangunan Mutiara dan Masyarakat Pulau Pinang. Turut hadir sebagai tetamu jemputan istimewa ialah Mejar Izmier bin Ghazali TUDM, Pengarah JHEV KPP; Tuan Haji Zulkifli bin Muhyiddin, YDP PVTLDM Kedah / Naib Presiden 2 PVTLDM Negara (mewakili Presiden PVTLDM Negara); Komander So Lea Kun PSSTLDM, Pegawai Memerintah KDSP; Leftenan Fizal bin Mat@Ahmad TLDM (B), Pengarah PERHEBAT Pulau Pinang; dan En. Azhar bin Jamaludin, Pegawai Khas kepada Tan Sri Dzulkifli bin Ahmad (NGO TSDZ).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Amirnudin bin Mohamad Yusoff, YDP PVTLDM Pulau Pinang, dan pelapor mesyuarat ialah Naib Presiden 2 PVTLDM Negara.
Agenda utama mesyuarat termasuk pembentangan Minit MAN 2024, laporan tahunan 2024, penyata kewangan 2024, dan pemilihan wakil Negeri ke Persidangan Perwakilan Tahunan.
Dalam ucapannya, YDP PVTLDM Pulau Pinang menggariskan enam perkara utama yang perlu diberi perhatian dan tindakan oleh ahli iaitu:
Mesyuarat tamat pada jam 12.30 tengah hari dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari kepada semua tetamu dan ahli yang hadir.