Pengumuman
Dapatkan maklumat terkini mengenai program, aktiviti, dan inisiatif terbaru PVTLDM di ruangan ini. Pastikan anda sentiasa mengikuti pengumuman rasmi kami untuk tidak ketinggalan peluang, maklumat penting, serta kemas kini berkaitan komuniti veteran TLDM.
Grow Biz With Data & Tender
Khamis, 15 Mei 2025
8.00 pagi – 5.30 petang
Auditorium Pusat Peperangan & Doktrin TLDM, Pangkalan TLDM Lumut
PVTLDM kini dalam usaha untuk mencari 50 org pertama bagi Fasa Pertama Projek Geran Kerajaan. Ianya lebih tertumpu kepada coaching personal untuk mendapatkan geran. Sehingga kini jumlah peserta untuk projek ini hanya serama 28 org.
Masih berbaki 22 org untuk projek ini. Jgn lepaskan peluang ini!!!
Program ini membuka ruang khas untuk Veteran TLDM, anak-anak & ahli keluarga terutamanya yang yang sedang menjalankan perniagaan. Ia memberi akses langsung kepada agensi-agensi penting seperti SSM, MyData, Tender2U dan JW United
Group untuk membantu anda memahami, membina dan mengembangkan perniagaan dengan lebih terancang dan berdaya saing.
Manfaat utama menyertai program ini:
Pendedahan kepada peluang TENDER & DATA perniagaan sebenar
Belajar cara mendaftar & strukturkan syarikat dengan betul melalui SSM & MyData
Dapatkan panduan akses kepada GERAN & DANA perniagaan
Peluang promosi, pensijilan dan akses pasaran melalui rakan strategik
Bimbingan terus daripada pakar industri & pemain sektor awam
Jalinan networking bersama usahawan lain & komuniti veteran
Apa yang perlu dibawa?
Laptop (WAJIB)
Profil syarikat
Rancangan perniagaan
Yuran Penyertaan: HANYA RM50
(Sudah termasuk sarapan pagi, makan tengahari & minum petang
)
DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/wjHBcNfyHCvhxXYy9
Bayaran ke akaun:
Maybank – Persatuan Veteran TLDM
No. Akaun: 5640 5254 3428
Sila hantar bukti bayaran kepada:
Lt Kdr Muhamad Fahmi TLDM (Bersara) – 019-282 4087
Tempat adalah terhad – rebut peluang ini untuk upgrade ilmu, jaringan & peluang perniagaan anda!
Live Seminars Infinity Toolbox 3/25
🚀 JOM SERTAI LIFE SEMINAR: INFINITY TOOLBOX!
23 April 2025 (Rabu)
8.30 pagi – 5.30 petang
Lokasi: The Lead Building, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
Seminar eksklusif untuk Veteran TLDM yang sedang menjalankan bisnes atau bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri. Jika anda ingin tahu:
Cara mendapatkan geran perniagaan dan bantuan kewangan?
Strategi pemasaran & digital terkini untuk melonjakkan bisnes anda?
Kepentingan memiliki struktur syarikat yang kukuh dan patuh undang-undang?
Ini adalah seminar yang anda TIDAK BOLEH LEPASKAN!
Antara Speaker Hebat yang Akan Bersama Anda:
Halal Development Corporation
Rich Millionaire Academy – Penilaian Pembiayaan
Airtouche Nanodigital Sdn Bhd – Pemasaran Digital
SASCO Sdn Bhd – Jenis-Jenis Syarikat di Malaysia
Maxis Berhad – Geran Telefon
Microleap PLT – Dana Teraju
Buss Consulting Sdn Bhd – Insurans Alianz
JW United Group Sdn Bhd – Geran Perniagaan di Malaysia
Fadori AI – Latihan Artificial Intelligence
Kenapa Anda Perlu Hadir?
Jalinan networking bersama usahawan & pakar industri
Ilmu perniagaan terkini dan praktikal
Peluang pembiayaan & geran yang relevan
Nasihat terus dari pakar pelbagai bidang
Yuran Penyertaan: RM50 sahaja!
(Makanan disediakan
)
Cara Daftar:
Isi borang: https://forms.gle/5CRGGeLddCfHMrKg9
Bayaran ke akaun Maybank Persatuan Veteran TLDM – 5640 5254 3428
Hantar resit kepada Lt Kdr Muhamad Fahmi TLDM (Bersara) – 019-282 4087
Tempat adalah terhad, daftar segera!
Maklumat lanjut: www.pvtldm.org
Hubungi: Lt Cdr Muhamad Fahmi RMN (B) – 019-282 4087
#InfinityToolbox #LifeSeminar #VeteranTLDM #UsahawanVeteran #GeranPerniagaan #DigitalMarketing #AITraining #PeluangBisnes #NetworkUsahawan
Bantuan Bencana Banjir Veteran TLDM
Makluman Bantuan Derma Bencana Pasca Banjir
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Mangsa pasca banjir kini amat memerlukan bantuan kita. Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda, tetapi juga sedang bergelut untuk bangkit semula menghadapi cabaran hidup.
Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) dengan rendah hati menyeru untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban Veteran TLDM yang terjejas akibat bencana banjir ini.
Maklumat Sumbangan:
📌 Nombor Akaun: 5640 5254 3428 (Maybank)
📌 Nama Akaun: Persatuan Veteran Tentera Laut
📌 Rujukan: Banjir
📌 Tempoh Kutipan Derma: Sehingga 31 Januari 2025
Setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil, akan menjadi cahaya harapan bagi mereka yang terkesan. Bersama, kita mampu memberikan sokongan moral dan material yang sangat diperlukan oleh para veteran dan keluarga mereka untuk memulakan buku baharu.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 Setiausaha Kerja PVTLDM: Lt Kdr Muhamad Fahmi TLDM (Bersara)
📱 No Telefon: 019-282 4087
Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di laman web rasmi PVTLDM:
🌐 https://pvtldm.org
Marilah kita berganding bahu membantu mereka dan sesungguhnya sumbangan anda adalah penzahiran tanda kasih sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.
“Bersama, kita kuat. Bersama, kita bantu.”
Terima kasih.
Santai Navy Veteran PVTLDM Pulau Pinang
Komuniti veteran TLDM Pulau Pinang bakal mengadakan Program Santai Navy Veteran PVTLDM Pulau Pinang yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, bermula jam 0800H. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara ahli PVTLDM dan ahli keluarga dalam suasana santai dan penuh kemesraan.
Program istimewa ini akan dihadiri oleh Presiden PVTLDM Pusat sebagai tetamu kehormat, memberikan peluang kepada ahli untuk berinteraksi secara langsung dengan pimpinan tertinggi persatuan. Aktiviti bermula seawal jam 0700H dengan ketibaan ahli, diikuti dengan ketibaan Presiden.
Antara acara menarik ialah sesi sembang santai sambil menikmati hidangan, pendaftaran untuk cabutan bertuah, serta sesi bergambar kenangan bersama Presiden PVTLDM. Kemuncak program adalah acara cabutan bertuah yang akan berlangsung pada jam 1000H, menjanjikan hadiah menarik untuk ahli yang bertuah.
Program dijangka tamat pada jam 1100H dengan harapan dapat menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli PVTLDM Pulau Pinang. Acara ini juga mencerminkan usaha berterusan PVTLDM dalam memupuk hubungan yang lebih erat antara komuniti veteran, sekali gus memperkukuhkan solidariti dan rasa penghargaan atas jasa yang telah disumbangkan.
Semua ahli PVTLDM dan keluarga di Pulau Pinang dijemput hadir untuk memeriahkan program ini. Hadirkan diri anda dan nikmati detik bermakna bersama rakan seperjuangan dalam suasana yang santai dan ceria!
Majlis Hi-Tea PVTLDM Selangor: Jom Santai Sambil Eratkan Persahabatan
Satu majlis santai eksklusif, Majlis Hi-Tea anjuran AJK Kebajikan PVTLDM Selangor, akan diadakan pada 21 Disember 2024 (Sabtu) bertempat di Menara Arina Skyview, Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan persahabatan dan bertukar idea di kalangan Ex-Nita TLDM & PSSTLDM dari sekitar Lembah Klang serta negeri lain.
Maklumat Acara:
• Tarikh: 21 Disember 2024 (Sabtu)
• Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
• Lokasi: Menara Arina Skyview, Kuala Lumpur
• Pakaian: Bebas (Kemas)
Objektif Majlis:
Majlis ini diadakan untuk:
• Eratkan ukhuwah di kalangan bekas anggota TLDM & PSSTLDM.
• Mewujudkan platform santai untuk bertukar pandangan dan idea.
• Meraikan ikatan kekeluargaan bersama pasangan yang turut dijemput hadir.
Bayaran Penyertaan:
Bayaran sebanyak RM 50.00 seorang boleh dibuat ke akaun berikut:
CIMB Bank: 7006721514
Nama Akaun: Zarah bt Mohamad
Untuk Pertanyaan, Hubungi:
• Pn Zarah: 019-520 5819
• Pn Nora: 019-635 3924
• Hjh Suryati: 016-297 2137
Majlis ini bukan sahaja akan memberikan peluang untuk bersantai dalam suasana mesra tetapi juga untuk memperkukuhkan tali persahabatan antara ahli. Jangan lepaskan peluang ini dan pastikan anda hadir untuk merasai pengalaman yang penuh makna!
Karnival Hari Usahawan PVTLDM Negeri Perak
Satu acara menarik akan berlangsung pada 21 Disember 2024 (Sabtu) di Dewan Pejabat Daerah Manjung, iaitu Karnival Hari Usahawan PVTLDM Negeri Perak. Dengan tema Jualan Rahmah Kasih Sayang, acara ini dijangka meriah dari 8:00 pagi hingga 3:00 petang dengan pelbagai aktiviti menarik serta peluang interaksi bersama komuniti setempat.
Aktiviti Menarik Menanti Anda:
1. Booth Jualan – Pameran produk dan perkhidmatan tempatan.
2. Demo Masakan – Demonstrasi masakan menarik untuk pencinta makanan.
3. Jualan Rahmah – Produk mampu milik untuk semua golongan.
4. Kahwin Pokok – Aktiviti berkaitan penanaman dan penjagaan pokok.
5. Car Booth Sale – Jualan barangan terus dari kenderaan.
6. Senamrobik – Aktiviti senaman beramai-ramai untuk gaya hidup sihat.
Pertandingan & Aktiviti:
• Pertandingan Mewarna:
• Kategori Tadika
• Kategori 7-9 Tahun
• Kategori 10-12 Tahun
• Hadiah menarik menanti pemenang.
Aktiviti Menarik:
• Baling-baling Kasih Sayang (10 pasangan)
• Segitiga Bermuda (9 lelaki dewasa)
• Masuk Benang Dalam Jarum (10 wanita dewasa)
• Cari Syiling Dalam Tepung (10 remaja, 12 tahun ke atas)
Pameran Kesedaran Keselamatan
Pameran ini turut menekankan aspek keselamatan, memberi kesedaran penting kepada pengunjung tentang keselamatan dalam kehidupan seharian.
Rakan Strategik Utama:
Acara ini disokong oleh beberapa organisasi seperti AFFIN Bank, Bank Muamalat, PERKESO, IKM, dan banyak lagi.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini dan menikmati suasana yang penuh mesra serta berinformasi. Jangan lepaskan peluang menyertai aktiviti menarik sambil menyokong usahawan tempatan!
Cetuskan Potensi Keusahawanan Anda!
Cetuskan Potensi Keusahawanan Anda!
🎯 Acara Eksklusif khas untuk ahli PVTLDM!
📅 Rabu, 18 Disember 2024
⏰ Masa: 9:00 Pagi – 1:00 Tengahari
📍 Lokasi: OMG Academy, Arked MARA, Klang
💡 Apa yang menanti anda?
Literasi Kewangan bersama AKPK
Inisiatif Kerajaan bersama CEDAR
Pembangunan Perniagaan bersama JW United
Pemasaran Digital & AI bersama RM
Pelaburan bersama pitchIN
🎁 BONUS: Sertai Kuiz dan Menangi Hadiah Menarik!
🔥 Khas untuk ahli PVTLDM sahaja!
📩 Daftar di link di bawah sekarang:
Jangan lepaskan peluang untuk belajar, berkembang, dan membina rangkaian bersama pakar industri! 🌟
Inisiatif Usahawan PVTLDM
Untuk makluman semua, PVTLDM kini dalam proses untuk mengumpulkan data perniagaan milik ahli PVTLDM. Tujuan pengumpulan data ini ialah untuk membantu usahawan Veteran Tentera Laut untuk mendapatkan dana/geran, kursus, promosi serta bantuan lain samada dari kerajaan atau syarikat swasta bagi mereka yang layak. Suka saya ingatkan di sini bahawa pihak PVTLDM akan memfokuskan bantuan ini kepada Veteran Tentera Laut yang menyertai Persatuan Veteran TLDM sahaja.
Oleh yang demikian penting untuk Tuanx & Puanx memasukkan No ahli persatuan untuk memudahkan pihak sekretariat menyemak keahlian Tuanx dan Puanx. Sekiranya terdapat rakanx anda yang inginkan bantuan dari pihak PVTLDM, mereka dikehendaki untuk menyertai PVTLDM terlebih dahulu dengan mendaftar di Cawangan PVTLDM yang terdekat.
Sekiranya terdapat sebarang soalan, mohon untuk berhubung dengan Setiausaha Kerja PVTLDM, Lt Kdr Muhamad Fahmi bin Hassan TLDM (Bersara) di talian 019-2824087. Terima kasih.